Friday 15 November 2013

                Hai stalker . Lama tak update kan . Rindu lettew , hehe . *Macam mintak penamparkan* . Sorry tak update sebab ada problem salah faham sikit . Mana boleh bagitau . Kalau nak tahu jugak kena tunggu next entry . Kali ni entry pasal seorang perempuan yang setiap tahun dapat coklet dari aku . Untungkan dia , so kalau nak coklet macam dia , kenalah baik dengan aku . *ayat mintak publisiti murahan* haha >,<  . Banyak perkara kelakar pasal kiterang ni . Hahaha :D

Perkara lawak pasal kami adalah *Diiringi bunyi drum* Ceh macam pengumuman nak terima kereta Ferrari pulak . :D

1) Pada mula aku kenal dia ni , dari facebook . Sebenarnya aku tak kenal pun siapa dia ni and tak tahu pun dia adik Fatin my bestfriend dalam The 3w words . Aku pun add lah dia , borak-borak kosong . Time tu kalau tak silap dia darjah 6 aku form 1 . Kelakar kan , sebenarnya dah lama aku kenal dia . Part paling kelakar bila aku ingat dia gemok . *Jujur gak kau ni Radzy* Ok , aku tahu dia tengah baca sekarang ni mesti prepare Machine Gun tuk tembak aku . Sorry lah sebab kata awak gemok . hehe

2) Nak tanya ni , kalau korang jumpa perempuan mesti terus borak kan . So , macam aku dengan dia dah kenal 4 tahun , tapi tak pernah bercakap . Serius ni . Apa kau tak caye , ish *asah parang* . Hah , baru kau caya . Tau takut . Tahun ni baru aku bercakap dengan dia , tu pun sepatah dua kata je . Mesti korang pelik kan . Hahaha . Itulah kami . :D Bergurau tak bertempat . KahKahKah *Gelak cara dia* haha

3) Part paling aku suka bila dia tak dapat makan coklet yang aku bagi tadi . Kesian dia . Hahaha . Nak tergelak pun ada , sebelum tu dia dah beria-ria nak makan bila kakak dia sampai kampung . Rupanya kakak dia tak bawak lepastu terus whatsapp kata kakak dia tak bawak coklet tu . Lepastu sedih , haha . Wahai pemakan coklet , tak expired pun coklet tu kalau simpan dalam peti ais . Hahaha .

Now aku nak bagitau siapa si Penerima Coklet tu . Nama dia Farra aka Dek Are . Dia baru je lepas PMR . Aku nak ucapkan semoga awak dapat the best result ok :D

#Note : Tak bercakap tak bermakna dia tak boleh jadi kawan anda , so , kawanlah dengan sesiapa pun asalkan jaga batas pergaulan anda . :*

Monday 4 November 2013

Buat Cikgu Yin Yee

Hey pembaca blog . Korang pe kabar . *Jawab ler time aku tanya tu* Alolo , janganlah nangis . Saja je nak bergurau . Mesti korang rindu aku . *Ayat minta pelempang* Entry kali ni pasal Cikgu Yin Yee . *Aku tahu korang tak kenal* Dia Cikgu Sejarah aku . Dia ni kelakar sikit . Tapi kalau dia marah , Kak Ton pun jadi pucat :D . *Janganlah gelak guling-guling* Tu macam over pulak . Ok , Aku nak cerita serba sedikit pasal Cikgu Yin Yee and Kenangan Manis and Pahit time dia ajar kelas 4 Intan subjek Sejarah .

Cikgu Yin Yee ni comel , bijak , garang *Ehmm , sikit je kot . Hehe* , dan paling penting dia pernah ugut aku suruh lulus Exam Sj Mid Year hari tu . Nak tahu sebab apa , sebab handset aku kena rampas dengan dia . Dan Aku baru je ambik khamis lepas . Walaupun aku tak lulus , aku tahu yang SJ ni penting supaya kita tidak lupa asal usul kita . Cikgu Yin Yee ni pulak orang yang simple je . *Simple is Better* Wah , speaking pulak . Haha . Kami memang suka cara dia mengajar . But aku je yang selalu mengantuk bila dia ajar . Bukan apa , just bosan bila dengar pasal SJ ni . Sebab kita tak pernah alami kot . :D So , teruskanlah google bak kata Cikgu Yin Yee ni .

Kalau bab SJ ni kau boleh soal Cikgu Yin Yee A sampai Z . Kau jangan terkejut pulak bila dia dapat jawab semua soalan kau . And paling penting cikgu Yin Yee ni memang kerja dia dengan Mr.Google je . Kalau korang kenal dia mesti korang akan tahu ayat dia bila soalan yang kau bagi tu susah untuk dia jawab . Hah , nak tahu jugak ke . *Try Google* Ayat ni memang selalu je aku dengar kalau dalam kelas . Hehehe .

Lagi satu , aku suka bila setiap hujung ayat Cikgu Yin Yee ada *Ae* , contohnya macam ni

Radzy : Cikgu , exam masuk apa ??
Cikgu Yin Yee : Kau baca je bab 1,2,3,4,5 dan 6 ae .
Radzy : Ok cikgu .
Cikgu Yin Yee : Pastikan dapat A ae .

Hah , macam tu lah . Haha .

Lagi satu aku tak tahu cikgu ni orang mana . Dalam kelas kejap guna "HANG" , "DEN" , "EKAU" . Tapi yang paling penting dia memang lancar berbahasa melayu . Terbaik bak hang . Cewah , *Bahasa Alien mana kau guna tu Radzy* Kalau kau dengar kat sekolah dia cakap kejap hang , kejap den tu , Hah , komfirm tu Cikgu Yin Yee .

And aku tak tahu pulak dia nak pindah dah tahun ni . Menyesal pulak tak buat yang terbaik final exam ni . *Nasi dah jadi bubur Radzy oi* Tak apa , nanti kita masak lagi untuk SPM . So , disini saya Radzy Bin Razif dan saya wakil kan juga adik saya Renddy Bin Razif ingin memohon maaf diatas kesilapan yang telah saya dan adik saya buat dekat Cikgu Yin Yee sepanjang sesi pembelajaran saya disekolah bersama Cikgu . Satu lagi , saya janji yang saya akan buktikan kat Cikgu Yin Yee yang saya boleh lulus dan bukan sekadar lulus malah dapat A+ dalam SPM nanti . Gambateh Cikgu . Jangan lupa saya dan anak murid cikgu yang lain ye . Dan jangan lupa whatsapp . Kalau cikgu tukar number fon cikgu bagitau kat Facebook Chat . Mana tahu saya boleh tanya soalan SJ kat Cikgu nanti . Bye Cikgu Yin Yee . Caiyok Caiyok :'D

Saturday 26 October 2013

Nasihat

Aku tak faham manusia zaman sekarang ni . Bila tak ditanya kata sesatlah apalah . Aku tahulah dunia dah maju , semua pakai GPS . Kau ingat kalau kau tanya GPS tu dia akan jawab balik ke . Nak diikutkan hati aku , nak je aku tolak kau kat Bukit Golf Resort tu . Biar kau guling-guling sampai bawah . Kalau kau dah tak bernafas , aku biarkan je . Nanti kalau polis mintak saksi , aku sendiri hadir beri keterangan . Senang je aku jawab "Dia excited semalam sebab tu dia main guling-guling kat sini . Malang tak berbau dia dah tak bernafas pulak . Ingat nak ajak dia guling-guling lagi" Senangkan . Tu je cara paling mudah . Bukan apa , tapi memang panas bila ada orang cam ni .

Panas tu lain cerita , yang tak faham sekarang kenapa bila sebut panas je orang kata BANYAK DOSA . Lagilah tak faham . Teknologi mana yang dorang guna ni sampai tahu dosa kita banyak or sikit . Bukan nak kutuk or apa , just pelik . Adakah orang yang tinggal di Kutub semua tak de dosa . Hah , soalan maut aku bagi kat kau . Tahu pun diam , dah tu kau jangan pandai-pandai nak buat #FAKTA bila seseorang tu panas maknanya dia banyak dosa . Mudahkan .

Lagi satu , kenapa aku dilahirkan di Malaysia . Soalan itu yang selalu bermain di minda aku . Sebabnya aku pelik , guna slogan 1 Malaysia but rakyatnya macam .... Susah nak cakap . Macam mana orang nak hormat kau kalau kau tak hormat orang lain . Kita semua ada agama masing-masing right . So go on lah with your own religion . Jangan nak kutuk-kutuk bagai . Aku sabar je selama ni . Jangan sampai aku bukak mulut memang malu kau . Tak apa , selagi boleh sabar aku sabar .

Adab ketika bercakap tu , Oh god , teruknya . Kalau boleh semua dia nak carut . Girls and Boys sama je . Tak ada yang beza .  Persoalannya < Apa yang mereka dapat kalau mencarut ni . Maybe kalau dia carut tu dia dapat A+ dalam karangan Bahasa Melayu kot . Tak apalah kalau dia berfikiran kolot macam tu . Tak paksa .

Yang aku nak tegur disini , janganlah libatkan pemakaian tudung dengan tingkah laku seseorang . Remaja-remaja sekarang gemar libatkan tudung dengan tingkah laku . Adakah begitu murah gadis yang anda lihat sekarang . Aku yang agama lain ni malu dengan kau . So , please jangan buat lagi k . Aku bukan apa , asal aku tengok je remaja-remaja update status pasal tingkah laku mesti ada perkataan TUDUNG . Hmm , sedih aku tengok manusia zaman sekarang .

Yang paling aku tegaskan disini , bercinta tu  janganlah keterlaluan sangat . Tak malu ke kau update akaun sosial kau dengan gambar kau berpeluk , bercium bagai .  Aku yang tengok gambar tu rasa menyampah . Ni nak tanya , kau ni dah sah ke jadi muhrim dia . Lagi satu soalan maut aku bagi . Hah , tau kau mengigil nak menjawab . So , jagalah batas pergaulan anda . Senangkan .

#Note : Walaupun kita berlainan , kita tetap manusia , tetap kembali tempat asal kita . Nasihat ni untuk semua remaja-remaja diluar sana . Gunalah sebagai panduan dan jagalah tingkah laku anda . :D

Friday 25 October 2013

Semalam Punya Cerita

Malang tak berbau . Pernah dengar tak peribahasa ni . Mestilah korang tahukan . Kalau malang berbau pasti kita akan tahu apa yang akan berlaku . Menyesalnya , erghhh . Kalau boleh nak rendam muka aku kat milo ais depan aku ni . Boleh pulak dorang jerit-jerit kat sini . Tengok bola tu senyap jelah . Bukan korang yang main . Erghhh . Nak je aku maki sorang-sorang time ni .

Haritu aku kena saman . Parents aku tak tahu pun aku kena saman , malas lah nak jujur ni . Lagipun aku boleh bayar sendiri kot . Bukan guna duit dia . Erghh . Yang nak memarah aku kenapa . Tak apa , aku kuat . :D . Tengok oranglah . Sekiut-kiut aku pun still boleh angkat 3 lori tau . Jangan main-main . Bukan berlagak lah . Saja nak bagi kau takut dengan aku . Pagi ni awal gila aku kena kejut . Ayah aku memarah . Tapi aku buat tak tahu je . Berbekalkan HTC dan Earphone untuk mengelakkan bosan mendengar ceramah yang tak perlu dibayar . Aku pasang lagu Cup Song tu kuat-kuat then main Candy Crush . Nampak tak kedegilan disitu . Hahaha .

Yang saman tu tak apa lagi , dah lah aku kena naik KL bayar saman , tak pasal-pasal aku tak dapat datang Majlis Perpisahan Kawan aku Najwa . Kiterang kenal dah lama . Dari darjah 5 lagi . Lamakan . Hmm , Sedih pun ada , tapi tengok gambar dorang makan kat KFC rasa rugi pun ada jugak . Hehehe . Tak apa , next time we meet and hang ramai-ramai . Alah , one year lagi nak tamatkan sekolah . And aku pun akan pindah and duduk Sabah maybe . Aku akan merindui sahabat-sahabat aku semua dan negeri kelahiranku . Hobin Jang Hobin haha .

Perpindahan aku hanya sementara kot . Kalau ada rezeki sambung belajar kat sini , maybe aku dapat jumpa korang lagi . Mesti time tu muka korang semua dah berubah . Kalau aku maybe dah jadi macam orang Korea kot . Bukan pembedahan plastik ok . Ni namanya Natural Beuty . Hahaha . Rasanya sampai sini je kot cerita aku buat masa ni . Nak buat cerita baru pun tak de mood . Ingat nak buat The 3w Words siri yang kedua . Tengoklah kalau free aku buat k . Bubye .

#Note : Berwaspada sebelum anda terkena :) Cerita ni nak upload semalam tapi belum fully siap . So upload pagi ni je lah . Hehehe . :D

Thursday 24 October 2013

Malu

Malu ialah perkataan yang aku paling benci . Aku harap korang pun sama . Tahun ni je banyak perkara yang memalukan . Malu depan public , malu depan kawan-kawan dan malu dengan family . O Em G bak kata Fatin . Sebut pasal Fatin , dia orang yang pernah memalukan aku . Tapi tak apa , maybe ni pengajaran buat kita . Kejap lagi aku cerita kat korang pasal apa . Mesti korang tertunggu-tunggu . Sedang aku nak update blog ni , aku dengar lah lagu Justin Bieber Be Alright . Hahaha .

Ok , macam ni . Cerita ni bermula kat sekolah . Time tu Pendidikan Jasmani . Biasalah kalau budak laki , bola lah jawabnya . So aku pun join main bola dengan kawan-kawan aku . Kalau aku kat padang memang aku yang terbaik . Golkeeper boleh , Striker boleh , Defend pun boleh . Kecuali jadi pengadil . Ada ke patut muka handsome macam aku ni jadi Pengadil , kalau pihak Melodi tahu konfirm-konfirm keluar kat TV3 Setiap Ahad tu . And sudah jadi kebiasaan pergi padang semua jadi lasak , dalam kelasakkan aku tu , aku tak sedar seluar aku koyak . Sampailah waktu 40minit terakhir nak balik , Tiba-tiba aku terdengar suara yang aku kenal berkata putih , aku pun pelik apa yang putih . Rupanya kulit kaki aku . Nasib spender aku dia tak nampak kalau tak bertambah malu aku . Budak kelas aku semua gelak time tu . Perghh , rasa nak hentak je kepala kat dinding 10 kali sampai lupa ingatan . Peristiwa tu aku takkan lupa sampai bila-bila . Pengajaran buat semua kalau dah ada kat padang tu selalu lah check seluar anda . Takut terjadi macam aku .

Paling tak boleh blah bila korang dah berusaha bersungguh-sungguh time exam akhir tahun and excited bukan yang biasa-biasa bila diumumkan korang dapat A sampai apa yang cikgu cakap pun tak dengar . Macam bestie aku sorang ni lah . Cikgu just sebut markah bukan nak bagi paper , and bila nama dia disebut and markah dia dapat A dia terus berdiri . So , apakah perasaan anda time tu . Mesti nak rendam muka kat air panas kan . Agaknya kalau rendam muka kat air panas time malu mesti sejuk air tu . Part paling memalukan bila kawan kelas sendiri kata "Tak apa wei , Kitaorang dah kenal kau" Hahaha . Aku suka part tu . Dan sebabkan malu dia tak datang semalam . Hahaha . Kelakar r dia ni .

Part yang paling memalukan bila jatuh kat tandas . Pergh , kalau aku nampak orang time dia jatuh aku orang pertama akan gelak . Gelak tu kalau boleh satu Malaysia ni tahu . Tapi sedarkah anda perasaan orang yang jatuh tu . Pergh , kalau boleh mesti dia nak terjun bangunan KLCC tanpa payung terjun . Agaknya dah terlalu malu tu . Hahaha . Kesian pun ada time dengar kawan aku jatuh tandas , tapi kenapa hati aku ni geli sangat nak gelak . Hahaha . Maybe kelakar kot . Sabar je lah k .

Ni time kat kedai makan kat Amira Nabila yang kat Taman Desa Permai . Aku pergilah makan kat situ dengan kawan-kawan aku . Mula-mula aku order lah Nasi Pataya dengan Milo Ais . Time tu aku memang tak pandang pun muka orang yang ambik order tu . Aku sibok ngan Candy Crush aku . Then , otak aku fikir nak makan Nasi Goreng Cina , aku pun order balik lah . Korang tau tak aku terkaku seketika . Tak bergerak selepas aku tengok tukang order tu . Bukan sebab dia cantik cuma aku pelik . Dia ni perempuan ke lelaki . Aku pun tanya lah , ni nak panggil apa , Abang or Akak . Dia terdiam seketika . Malu lah kot . Dia terus masuk hantar order . Mungkin masa tu dia nak ambik pisau kelar leher dia . Malu punya pasal . Yang aku pelik rambut dia , pergh macam helmat dah . Tinggal tambah viser je ( Helmet punya cermin tu ) . Ni kalau JPJ or Polis nampak dia naik motor mesti terpikat . Hahahaha

#Note : Aku bukan nak memalukan orang , aku pun pernah gak rasa malu ni . So , cerita ini tiada mengena dengan yang hidup atau yang mati . Hope korang enjoy membaca :D

Wednesday 23 October 2013

Generasi Remaja Sekarang

Setiap orang mesti ada masalah , jangan tipulah kalau kau tak ada masalah . Nampak bola Miley Cyrus tu . Hentak kau guna tu kang baru tahu . Ok sebenarnya tu bukan ceritanya , now aku nak cerita pasal Cup Song . Itulah masalah aku sekarang . Korang tahu tak , time exam adalah kawan aku sorang ni main hentak-hentak meja guna botol air . Apa ke peliknya permainan dia tu . Then , dengan muka bangga aku pun tanya . Apa tu , mula-mula yang aku dengar cake song . Aku pun dengan megah pun cakaplah ooohh ?? Then dia boleh ulang balik and cakap cup song lah . Dengan muka yang kemerahan menahan malu aku pun cover . Eleh , macam gendang cina je . Hah , macam tu lah aku kalau nak cover . Semua aku main sebut je . Aku pun kata dalam hati "Macam keling je main benda tu" . Kenapa , kau terasa ae . Sorrylah . Aku cakap macam keling bukan kau yang keling heish . Siapa cikgu BM kau ni , biar aku rebus stoking aku and bagi dia minum . Aku yang tak hadir banyak kali pun faham bm . Heish .


Sekeling-keling benda tu , aku lebih dari keling . Kau nak tahu sebab apa . Mesti nak kan . Sebab aku dah ngaku aku keling tadi . Aku pulak yang terpengaruh dengan cup song ni . Ni bukan keling biasa , ni keling estet namanya . Jangan gelak , aku lempang kau kang . And aku asyik search kat youtube mest bukak cup song . Alah , penyanyi dia Anna Kenderick tu . Kalau tak tahu jugak google lah . Tu pun tak boleh fikir . Kalau kau tengok dia , fuyooo . Memang lawa . Tapii !!! Dia tak boleh kalahkan Taylor Swift . Kuang Kuang Kuang . Tapi bukan cup song je aku bukak tau , ada lagu apatah tajuk dia . "What The Fox Say" kalau tak silap . Lagu ni sebenarnya boleh diberi Book of Record sebagai lagu Paling Bodoh . Ada ke serigala boleh bercakap . Kalau aku jadi manager penyanyi tu aku dah soal dia macam-macam . Alah , biasalah tu . Kat sana mana ada Astro nak tengok Animal Planet . Kesian kan . Lain kali duduk Malaysia . Semua channel dapat .

Bukan itu saja , kat facebook ngan twitter orang selalu update What The Fox Say , aku sebagai wakil kepada serigala tu pun jawablah Hatee Hatee . Korang tahu tak apa yang dorang balas kat aku , " Salahlah , Ring Ding DingDing " Nampak tak kebodohanya terselah disitu . Bayangkan kalau serigala boleh bercakap dan faham bahasa kita , dah komfirm-komfirm kita kena gelak . Bukan serigala je gelak aku pun join binatang tu gelak . Nak tahu sebab apa , sebab serigala tu cakap yang dia suruh hati-hati dijalan raya . Banyak kemalangan yang berlaku sekarang ni . Lagipun time hujankan . Aku tahu tak masuk akal sebab aku pun macam korang tak tahu bahasa haiwan . Har Har Har .

Buat masa sekarang ni aku nak berlatih main cup song . Kau jangan gelak . Lagu tu best giler kot plus penyanyi dia pun cantik . Tapi aku nak suruh dia ajar jugak . Dia pun tak pro mana tapi boleh lah ajar sikit-sikit . Alah , biasalahkan , orang baru habis exam katakan . Merdeka bak kata budak-budak yang baru nak up . Padahal merdeka disambut pada tanggal 31 Ogos je . Malas je nak betulkan , nanti dorang kata aku berlagak pandai . Alah , budak-budak Malaysia takkan tak tahu perangai macam mana . Main cakap belakang . Kalau dapat kat aku memang aku dah flying kick kat arkum dia . Biar dia jadi macam Amir Hazim classmate aku tu . Maybe kalau dialah yang nyanyi lagu What The Fox Say , semua kaum kerabat serigala cari dia kot .

#SoMoralOfTheStoryLearnSomethingNewBeforeUDimalukanDepanOrang

Thursday 17 October 2013

The 3w Words

                Satu bunyi datang dari istana . Watin dan Wika yang berada di Taman Istana bergegas ke Istana untuk mengetahui apa yang berlaku . Wadzy sudah berada disitu . Rakyat juga telah berkumpul untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku .

Satu pengumuman dari Datuk Bendahara .


                "Wahai rakyat jelata , Putera Radzy akan berpindah ke negeri lain dalam masa terdekat ini . Perpindahan ini bukan atas kehendaknya tapi kehendak negeri tersebut kerana negeri itu tiada yang memerintah sejak kemangkatan Raja Harry Style . Diharap rakyat jelata dapat merestui perpindahan baginda dan memaafkan baginda jika ada yang silap ."

                 Watin dan Wika time tu terus masuk ke istana untuk berjumpa Wadzy .
Sambil menangis

Watin : Kau nak pindah ke ?? Masih menangis
Wadzy : yup , kalau begitulah permintaan negara tersebut .
Wika : betul ke ni , abistu siapa yang nak teman and bawak kami mengembara .
Wadzy : Skype kan ada , nanti kau skype lah aku . Mana tahu time tu aku free boleh lah aku datang sini melawat korang .
Watin : Kau tak boleh pindah !!!
Wadzy : Kenapa pulak !
Watin : Aku belum starlight kau 12 kali ??
Wadzy : Aku nak pindah pun kau still nak starlight aku .
Watin : Den gurau je .
Wika : Korang dua ni , jom lawan OH SOM . Haha

                 Mereka sempat gelak ketawa sebelum perpindahan Wadzy . Petang tu , Wadzy dan dua orang sahabatnya pergi berjalan di kawasan kampung untuk melawat rakyatnya . Jika ada bantuan , mungkin dapat diberikan oleh Wadzy yang baik hati . Rakyat disini amat sayang kat Putera Wadzy ni , nak tahu sebab apa ?? Sebab dia ni baik , sporting and paling penting dia suka buat orang gelak . Tua dan muda pun akan tergelak dengan lawak yang Wadzy berikan .

Makan malam di Istana The 3w Words ,

                 Wadzy tidak keluar untuk makan malam . Kerana dia berasa sedih nak tinggalkan kawan-kawannya . Tiba-tiba pintu bilik Wadzy diketuk .

Tok TOk Tok TOk !! Wadzyyyy , keluarlah makan malam " rupanya itu Watin .

Wadzy : masuk jelah

Keeeegkkkk "Bunyi pintu dibuka"

Watin : Apasal kau tak turun .
Wadzy : Malaslah , tak ada mood .
Watin : Kau nangis aee ??
Wadzy : Hotak kau aku nangis . Mata masuk habuk .
Watin : Alololo , sikit-sikit nak nangis .
Wadzy : Ayat tu kau selalu guna time kita sekolah dulu . Hahahaha , Tak sangka kau ingat lagi .
Watin : Hahaha .
Wadzy : Lagi satu , Jangan Pikirin Abang . Hahaha . Lagu favourite kau .
Watin : Hahaha .
"Mereka berdua tergelak teringat time sekolah dulu ."

Hari yang dinantikan ,
               Putera Wadzy akan pergi dari sini . Wadzy telah pun bersiap dengan Kak Ton kesayangannya . Watin dan Wika menangis tanda sedih kerana terpaksa meninggalkan kawannya yang telah lama mereka kenal .

Tapi mereka tidak putus hubungan begitu saja , Tiap malam mereka Skype dengan Wadzy bertanya kabar dan keadaan disana .

Tamatlah kisah sahabat The 3w Words . Sedih tak , tak sedih lempang kau tahap 3 . Hah , tahu nangis . Alololo , dah ah . Jangan lah over sangat nak nangis tu . Sikit-sikit dah r . Heish . K boii . Nantikan cerita baru dari Radzy Swift .

#Note : Jauh Dimata Dekat Dihati . Biar jauh mana sahabat itu , kalau nama sahabat sampai mati ia takkan terpisah and takkan mudah terputus tali persahabatan sampai bila-bila . Ingatlah sahabat anda and jangan sampai anda membuat sahabat anda sakit hati . Keep smile and keep happy all day .

Tuesday 8 October 2013

Our Friendship Story

                       Hi korang , kali ni aku nak cerita macam mana kiterang boleh berkawan baik . Semua tahukan yang sahabat itu penting . Tapi kami lebih dari sahabat . Kiranya macam adik beradik yang poyo gitu . Hahaha . Siapa berani kacau persahabatan kami , kami akan gantung dia kat bola besi macam lagu Wrecking Ball Miley Cyrus tu . Berani ke . Hah , tahu takut . Hmm , kami berkawan sejak form 2 . Sebenarnya dari form 1 aku kenal Watin ni . Tapi jarang tegur . Maklumlah time tu aku nerd sikit . Tapi Watin kata aku smart time form 1 . Haha , kelakar je . Then , form 2 barulah kami kenal Wika dan kami mula berkawan . Hahaha . Time tu kelakar wei , Wika dulukan jerawat dia banyak tapi bila form 4 dah tak ada . *Jangan Marah Sepikoh* . Fatin pulak tak habis-habis dengan Justin Bieber dia tapi sekarang dia minat Harry Style . Alah , EX Taylor Swift tu , takkan tak kenal kot . Cuba cari kat google . Aku pulak time tu dengan Taylor Swift . Tengok nama lah . Hahaha . Dan aku masih setia jadi adik Taylor Swift sampai sekarang , cewah ayat jiwang dah keluar pulak . Jatuh lah reputasi beta . Tapi time form 3 kami terpisah kerana perpindahan kelas . Aku je pindah . Yang dua orang tu still sama . Aku tahu dorang sedih and menangis time tu . Maklumlah aku kan comel macam Taylor Swift . Tak percaya jugak , macam biasa cuba google . Hahaha .

               Tapi aku berusaha jugak time form 3 tu sebab nak sama kelas dengan si Watin and Wika time form 4 nanti . Akhirnya kami sama kelas . Hahaha . Iaitu kelas 4 Intan yang diketuai Sir Wazir . Biar pun dia chubby tapi dia garang tau . Jangan main-main . Sekali dia telan abis kau . Dalam kelas tu , aku dengan Watin memang rapat . Permainan Bingo akan jadi permainan favourite aku dengan Watin . Biarlah macam budak-budak . Nama pun masih sekolah . Weik . Tapi sekarang dia buat rules baru , siapa kalah kena starlight . Tapi bila dia kalah aku nak jentik tangan dia ada pulak main elak-elak . Heish nasib aku abang yang budiman dan baik hati . Kalau tak dah lama nak hentak dia guna bola besi Miley Cyrus tu . Tapi kesian pulak , dah lah dia kurus nanti jadi roti canai susah jugak aku dengan Wika nanti .

So moral of the story , kawan biar happy and forever . Chillax and See you soon . Sebenarnya ada exam Bi esok . Sir kata kalau aku dapat A dalam subjek BI dia nak belanja KFC . Hahaha . Kau hado . :P Ok lah , Boiii Nanite .

Sunday 6 October 2013

Just Want To Share

Feel like to end off . Not died but try to change . I want to be a success person . If i keep like this , i can't catch what i dream . Justin Bieber always say "Believe Your Dream and try to make it real" . Just believe is nothing , but you must try hard to get it . The one that always inspired me is Taylor Swift . I want to be like her with guitar at my hand . Its funny right , just i said , it was a dream . Another dream that i had is get a sport car before i'm turn to 30 years old . Don't laugh , that my dream . Don't waste your time to be a success person . Is not late to change now . Don't think about love , that stupid thing can kill you . Trust me . That all from me . I hope u guys will be a good person in future . Seeya .
*Sorry Subtitle tak ada*

Saturday 5 October 2013

The 3w Words

Ni part ketiga untuk cerita The 3w Words . Mesti pembaca misteri blog aku ternantikan sambungan cerita ni kan . Eleh tak payah nak malu-malu nak cakap . Ok cerita hari ni pasal .... *Saja buat suspen sikit* Hehe


        Semua dah tahukan yang 08 Oktober ni hari jadi my bestfriend . Tapi siapa ...
Hehe , sebenarnya part kali ni pasal aku dan Watin nak buat suprise kat dia . Walaupun belum sampai waktunya tapi tak apa . Kita just bayangkan .

Tersebut lah kisah bahawa Wadzy dan Watin pergi ke Taman Istana The 3w Words . Mereka berdua kesana tanpa pengetahuan Wika . Mereka berdua mahu plan tentang party hari jadi Puteri Wika . Macam biasa , dayang dah hidangkan air Dutch Lady dan Roti Mama AJ . *Makanan Faveret*

Watin : Kau nak buat apa nanti kat party hari jadi Wika .
Wadzy : Mana aku tahu ?? Aku ikut kau je .
Watin : I've no idea to do !!
Wadzy : Hmm , Aku rasa kita bawak dia pergi jumpa Selena Gomez .
Watin : But how .
Wadzy : Twitter kan hado !!
Watin : Ok , good .

Mereka pun berusaha tweet Selena Gomez . Tapi tak dilayan . Mesti sedihkan .
Mereka tidak berputus asa . Mereka terus berusaha mencari jalan untuk sambut bufday Wika .

Mereka pun berjalan-jalan mencari cara untuk berjumpa Selena Gomez . Dalam mereka berjalan , tiba-tiba ....
Sehelai kertas terbang kearah Watin .

Watin : Wadzy tengokk ni
Wadzy : "Welcome To Gomez" adakah ini rumah Selena ??

Wadzy dan Watin tertanya-tanya ....
Mereka cuba pastikan dan Watin terus setuju untuk membawa Wika kesana .

Keesokkan harinya , mereka bertiga telah bersiap untuk ke Gomez . Mereka kesana menaiki haiwan kesayangan Wadzy , Kak Ton . Bukan Comel Tak Kak Ton but Garang Tak Kak Ton . Tak kelakar , tak payah lah gelak .

Mereka telah terbang selama 4 hari di angkasa dan telah sampai ke Gomez . Setibanya mereka disana . Mereka hairan .

Wadzy : Tempat apakah ini ??
Watin : Tak tahu lah .
Wika : G-mart ?? Tak pernah dengar pun nama mall tu .
Wadzy : Tu baru G-mart , Ni lagi satu Cili Padi .
Watin : Maybe mall tu jual sayur kot .
Wika : Iyup .. Maybe kot .

Mereka terus berjalan di Gomez menaiki Kak Ton . Tiba-tiba mereka nampak satu bunyi hon dan ternampak sesuatu yang panjang .

Ulaaarrr !! Mereka bertiga menjerit selepas nampak satu benda panjang dan keras macam besi .

Wadzy : Tempat ini begitu misteri .
Watin dan Wika : Betul , kita tak pernah kesini .

Tibalah hari jadi Wika , kami sambut hari jadinya ni atas padang rumput yang hijau seperti permaidani yang terdapat lubang dan bendera . Kami menyambut dengan memakan Roti Mama AJ dan air Dutch Lady sambil menikmati padang rumput yang segar .

Wika berasa gembira kerana dapat datang ke tempat Selena Gomez dan nampak beberapa benda ganjil yang belum dilihat sebelum ni . Mereka bertiga mengambil gambar dan terus pulang ke negara The 3w Words dengan gembira dan bangga .


*Sebenarnya tempat itu ialah Gemas dan ular yang dimaksudkan ialah keretapi . Tempat yang mereka duduk ialah padang golf yang ada di Gemas Golf Resort .*

                                                              Bersambung
                     

Thursday 3 October 2013

Croccodile

Ade sorang lelaki die ni suke berenang.. tapi die berenang pakai baju ,tu lah yang peliknye.
Ok, pade satu hari die berenang kat jeti. Tengah syok-syok berenang tibe-tibe ade buaya datang kat die ni. Die ni langsung tak takut sampai  buaya tadi tak makan lelaki ni. Orang ramai nampak  peristiwa tadi. Lepas je mandi ade sorang tanye die kenape die tak kene makan ngan buaya tadi.
Dengan selamba die cakap "Aku kan mandi pakai baju tadi aku mandi pakai baju jenama croccodile. Buaya tu nampak die aku ni kawannye, jadi die tak makan.
Orang tadi tergaman mulut sampai ade lalat masuk. Sekian..

HUTANG...

Ini kisah dari teman gue lho dari seberang... begini..

Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

....gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

Wednesday 2 October 2013

The 3W Words

Korang masih ingat tak pasal The 3W Words , itulah cerita pertama aku . Hehe . Hari ni aku nak buat sambungan cerita tu . Hope korang suka . Kalau tak suka boleh blah dari sini . Tak payah nak kutuk-kutuk sangat .

Pada suatu hari , kami lepak di Taman Istana The 3W Words , sebab memang kat situ je tempat lepak . Kalau ada Pavi , Mid , Times Square time tu memang abis lah duit sebab semua shopping . Sedang kami berbual , kami teringat kat negara The Poyos . Kami selalu tertanya kenapa negara tu mengunakan simbol Penyu .
*Hehe , Sebenarnya dah tahu , saja je buat dia sakit hati bila baca cerita ni*

Yang peliknya , semua rakyat negara tu pendek-pendek .
*Maybe ikut Permaisuri dorang kot* Hahaha .
Banyak persoalan yang berada diminda . *Macam lagu Cinta Muka Buku dah* haha .
Tapi itu bukan ceritanya , haha .

Sedang kami menikmati air Dutch Lady yang dihidang oleh dayang-dayang istana , tiba-tiba kedengaran bunyi bising diluar istana . Kami bertiga pun pergi melihat apa yang sebenarnya berlaku . Rupanya sepasang makhluk gergasi sedang mengamuk . Pahlawan-pahlawan istana cuba melindungi kami bertiga tetapi , Wika telah diculik oleh gergasi tersebut .
*Kalau nak diikutkan hati nak je jadi Ultraman time tu , tapi tak logik lah*

Wika sempat menjerit WWHHHAAATTTSSSAAAPPP !!!!
*Tahulah dia pakai Tab*
Aku dan Watin cepat-cepat tweet pasal kejadian ni dan tiba-tiba Wika jadi trending kat twitter . Ramai yang bersedih kerana Wika diculik . Hmm .

Keesokan harinya , aku dan Watin mulakan pengembaraan untuk mencari dan menyelamatkan Wika . Berbekalkan air Dutch Lady dan roti Mama AJ , aku memandu Ferrari Veron mengikut arah GPS .

Setelah 3 hari perjalanan , tiba-tiba minyak kereta habis . Nak cari Shell memang tak jumpalah . Kami terpaksa berjalan kaki melalui hutan yang sangat tebal dan menyeramkan tu . Setalah lama berjalan kaki , kami berehat sebentar dibawah pokok sambil makan Kit Kat .

*So La Da Di Da Di , We Like To Party Dancing With Radzy , Doing What Ever , We Won*
Watin : Wei handset kau bunyi r .
Wadzy : Ye ke . Jap ae .
Watin : Siapa tu !!
Wadzy : Wika .
Watin : Dia kata apa !!
Wadzy : Dia kata dia tengah makan MacD . Makhluk gergasi tu suruh dia makan MacD supaya gemok . Baru sedap nak makan nanti .
Watin : Whatttt !! Apasal makhluk gergasi tu tak culik aku je !!

Watin still tak puasa hati sebab Wika makan MacD , dan kami berdua hanya makan Kit Kat . Kami meneruskan perjalanan ke Utara dan sampailah disebuah gua . Kami bermalam di gua itu untuk berehat kerana hari sudah malam . Aku terpaksa berjaga dengan nyamuk disekeliling menghisap darah aku yang manis ni .

Keesokkan paginya , aku ajak Watin ke sungai untuk membasuh muka . Dia pelik sebab aku guna pencuci muka Fair and Lovely . Salah ke kalau aku nak pakai . Heish .

Tiba-tiba kedengaran suara orang meminta tolong datang dari arah gua tempat kami berehat malam semalam . Aku dan Watin kenal suara tu .

Wikaaaa !!! "Aku dengan Watin serentak menjerit nama Wika"

Kami masuk ke gua dengan senyap . Kami nampak Wika tengah snap gambar then upload kat Instagram dengan caption #TimeDiCulikDenganMakhlukGergasi .

Kami berdua masuk dan menyelamatkan Wika . Aku bersiul untuk memanggil naga kesayangan aku . Nama dia Kak Ton .

Kak Ton datang tepat pada masanya . Kami naik belakang Kak Ton dan terus balik ke negara The 3W Words . Setibanya kami di istana , rakyat sungguh gembira . Kami pun berehat sebab esok nak lepak lagi . Nak ajar Wika main bingo . hehe

#SambunganAkanDatang #Nantikan .

Sunday 29 September 2013

Kampung Londah


Hari ni guwa pergi jenjalan dekat Kampung Londah . Walaupun nama tak popular mana tapi memang best . Membe Guwa ajak pergi naik bukit tengok pemandangan , Guwa jadi sakai kejap . Tak pernah Guwa rasa setenang itu , tempatnya nyaman , pemandangannya juga sedap dipandang .


          Guwa bukan apa , tapi Guwa kagum dengan tempat macam ni . Walaupun tak maju tapi pemandangan yang indah macam inilah harus diutamakan . Dekat atas sana guwa snap gambar banyak-banyak .

          Ada guwa kesah pasal semua tu , yang penting guwa happy . Happy Everday haha ,


Guwa kat sana sampai pukul 6:50 petang . Guwa sempat gak snap gambar time senja tu . Walaupun muka guwa macam cina tapi guwa tak kesah , sebab guwa dilahirkan memang comel . Haha .

Guwa rasa sampai sini dulu lah cerita guwa , nanti wa update pasal The 3Words . Hehe . Bubyeee











Saturday 28 September 2013

The 3W Words

Di sebuah negara 3Words ada 3 orang anak raja yang berkawan baik . Mereka ialah Wadzy dan dua beradik Watin and Wika . Tiga sahabat ni sering bersama walaupun susah dan senang .


Pada suatu hari , negara The Poyo's membuat pertandingan The Great Bingo . Semua pemain Bingo berkumpul dan menyertai pertandingan itu termasuk Putera Wadzy dan Puteri Watin . Puteri Wika tak reti main tetapi dia akan menemani Puteri Watin sepanjang perlawanan tersebut .

Genaplah sepurnama ,
                                 Pertandingan The Great Bingo diadakan di Istana negara The Poyo's . Satu persatu pemain disingkirkan oleh Putera Wadzy dan Puteri Watin .


Diberi masa rehat selama 1jam 30 minit ,
                                                               Putera Wadzy : Wei , hebat permainan . Tapi kau akan kalah dekat tangan aku . Jangan lupa starlight 5 kali kalau kalah . hehe .

                                                               Puteri Watin : Haha , kau tau tak aku pemain bingo paling hebat time form 4 Intan dulu , kau lupa ae . Kau selalu kena starlight dengan aku .
                                                             
                                                               Puteri Wika : Haha , aku sorang je yang belum kena .

                                                               Putera Wadzy dan Puteri Watin : Kau penakot . Hahaha ,

Setelah lama menunggu , tibalah masa Final The Great Bingo .

                                                               Putera Radzy : Are you ready .
                           
                                                               Puteri Watin : When you ready come and get it , na na na .

                                                               Puteri Wika : Woii , lagu Selena Gomez gua tu .

                                                               Putera Radzy and Puteri Watin : Jadi gue harus bilang WoW gitu .

Dimeja perlawanan , dua orang telah siap sedia untuk berlawan .
Perlawanan itu menjadi semakin sengit . Dua-dua tidak mengaku kalah .

                                                                Dan seperti biasa , Puteri Watin telah memenangi pertandingan The Great Bingo dan dinobatkan sebagai The Great Princess Bingo .

                                                                Putera Wadzy : Bangga lah tu .

                                                                Puteri Watin : Ehem-ehem , macam biasa . Angkat rambut kau yang macam Kpop tu .

                                                                *Putera Radzy buat seperti yang disuruh Puteri Watin*

                                                                Pap !! Pap !! Pap !! Pap !! Pap !!

Sakkiiiiitttt *Kedengaran orang menjerit* Putera Wadzy keluar bersama Puteri Watin untuk berjumpa Puteri Wika .

Putera Radzy cover kepalanya dengan tangan kerana kemerahan dikepala hasil dari starlight Puteri Watin .

                                                                 Puteri Wika : Hahaha . Kelakar lah wei . Asal cover , standard lah tu . Patengg memang terorr main Bingo .

                                                                 Putera Wadzy : Jatuh lah reputasi aku sebagai lelaki sasa kat negara 3Words ni .

                                                                 Puteri Watin dan Puteri Wika : Geeeemmmoookkkk .. !!!

                                                                 Putera Wadzy : Sir Wazir lagi gemok ok .

Ketiga-tiga sahabat pergi dengan gelak ketawa .


                                                                      Bersambung
                                                                                               
                               
                                                           

Saturday 21 September 2013

Oh sem

Sahabat takkan terpisah ,
Sahabat akan rapat seperti adik beradik ,
Walaupun ada masalah mereka tetap bersama ,
Tanpa sahabat memang susah ,
Sahabat yang sebenar akan ada dikala susah dan senang ,
Itulah kami

#Watin #Wadzy #Wika

Thursday 19 September 2013

Remaja

Remaja sekarang kurang nilai murni ,
Tidak hormat kepada ibu dan bapa ,
Lupa tentang asal usul ,
Dan terlalu sosial .

Remaja yang berguna haruslah mengunakan akal yang diberi kearah kejayaan .
Gunalah otak dan akal yang diberi tuhan sebaik-baiknya .

Manusia

Setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan ,
Kesilapan yang datang tanpa disedari ,
Dari kesilapan timbul pergaduhan ,
Dan tercetuslah pertumpahan darah .

Setiap manusia memang susah untuk ungkapkan kata MAAF ,
Walaupun mulut tak bisu ,
Tahukah anda ,
Kata MAAF lah ubat segala jenis kemarahan .

Lidah ialah senjata paling kuat bagi manusia ,
Lidah mampu dikawal oleh manusia ,
Tapi 100 peratus akan salah guna .

Wednesday 11 September 2013

Bahasa Melayu

Setiap tangisan membawa makna ,
Ada yang gembira dan ada juga yang sedih ,
Tapi satu tangisan yang bisa membuat anda ingat sampai bila-bila ,
Iaitu tangisan seorang ibu dan bapa yang melihat anak-anaknya berjaya .

Tiada orang yang kenal erti penat dan lelah ,
Cuma seorang yang bisa kita kenang sampai bila-bila ,
Iaitu penat seorang guru yang mengajar kita dan memberi ilmu pengetahuan ,
Kemarahannya hanyalah untuk melihat anak muridnya berjaya di masa hadapan ,

Kemesraan yang terjalin bila disekolah ,
Antara sahabat lama dan baru ,
Biar beribu sahabat kita ,
Tapi percayalah hanya satu yang berguna dan ada dikala anda kesusahan .

Percayalah kehidupan persekolahan hanya untuk sementara ,
Tiada lagi selepas itu ,
Hanya kenangan yang akan kita imbas .
Susah dan senang saat mencari ilmu ,
Kejarlah ilmu untuk masa depan .

Hasil Ciptaan Radzy Swift .

My life

I'm happy with my own life now , but not all . Event i have a family problem , nothing can change me to be a stupid and useless person in this world . I will success and wanna be the best one in this world .

Just a little bit advice

Some people was change after being hurt . But for me . nothing can change me accept my family . I just wanna be my own life , people can change , but try to change that have benefit on you . Dont waste your life do something stupid thing .

Friday 2 August 2013

Bingo

Best pulak main game ni . haha . Fatin asyik kalah je . hahaha . :b

Sunday 28 July 2013

I love my friends

I've All Around The World Friend and Fans . They are awesome . Love Them , :) Thanks for being my friends .

My Dream

I want to be a singer with a guitar at my hand . I want to make my own tour All Around The World like Taylor Swift and Justin Bieber . I will make my dream real one day . Pray for me . :)

Saturday 6 July 2013

Saturday 8 June 2013

Tiffany Alvord

She is my second favourite player guitar . You know what . She so adoreable .

Lilia Florida

I never meet her before . But i hope one day i will .

Single

Am i single . Oh yeah . But now i'm fall in love with Lilia . That's so funny right . Hmm .

Radzy Swift


I'm a guitar player . New singer . Sportlight Artist . #BelieveYourDream . :)

My Crush

This Is Lilia Florida . She is my Crush . I fall in love with her . Hmm . I dont know why . She so pretty but i love her because she is Kind .

My Sosial

Twitter : www.twitter.com/Radzyswift

Facebook : www.fb.com/Radzyswift97

Instagram : RadzySwift

Wechat ID : RadzySwift

Radzy Swift

My name has a story . You Dont Know My Story But You Will Know My Story .

New Life , New Hope , New Song , New Tour , and I'm the new singer . :)

Holla , I'm Radzy Swift . Now i'm at U.S . Become a Sportlight Artist . :')

Wednesday 6 March 2013

Tell With You

Never perhap that you will be me , but i still love you , even you not love me more .. :)

Friday 18 January 2013

NEW UPDATE 2013

Hey semua , da lama tak update blog .. 2013 hope u can be my best year .. love u ..