Saturday 5 October 2013

The 3w Words

Ni part ketiga untuk cerita The 3w Words . Mesti pembaca misteri blog aku ternantikan sambungan cerita ni kan . Eleh tak payah nak malu-malu nak cakap . Ok cerita hari ni pasal .... *Saja buat suspen sikit* Hehe


        Semua dah tahukan yang 08 Oktober ni hari jadi my bestfriend . Tapi siapa ...
Hehe , sebenarnya part kali ni pasal aku dan Watin nak buat suprise kat dia . Walaupun belum sampai waktunya tapi tak apa . Kita just bayangkan .

Tersebut lah kisah bahawa Wadzy dan Watin pergi ke Taman Istana The 3w Words . Mereka berdua kesana tanpa pengetahuan Wika . Mereka berdua mahu plan tentang party hari jadi Puteri Wika . Macam biasa , dayang dah hidangkan air Dutch Lady dan Roti Mama AJ . *Makanan Faveret*

Watin : Kau nak buat apa nanti kat party hari jadi Wika .
Wadzy : Mana aku tahu ?? Aku ikut kau je .
Watin : I've no idea to do !!
Wadzy : Hmm , Aku rasa kita bawak dia pergi jumpa Selena Gomez .
Watin : But how .
Wadzy : Twitter kan hado !!
Watin : Ok , good .

Mereka pun berusaha tweet Selena Gomez . Tapi tak dilayan . Mesti sedihkan .
Mereka tidak berputus asa . Mereka terus berusaha mencari jalan untuk sambut bufday Wika .

Mereka pun berjalan-jalan mencari cara untuk berjumpa Selena Gomez . Dalam mereka berjalan , tiba-tiba ....
Sehelai kertas terbang kearah Watin .

Watin : Wadzy tengokk ni
Wadzy : "Welcome To Gomez" adakah ini rumah Selena ??

Wadzy dan Watin tertanya-tanya ....
Mereka cuba pastikan dan Watin terus setuju untuk membawa Wika kesana .

Keesokkan harinya , mereka bertiga telah bersiap untuk ke Gomez . Mereka kesana menaiki haiwan kesayangan Wadzy , Kak Ton . Bukan Comel Tak Kak Ton but Garang Tak Kak Ton . Tak kelakar , tak payah lah gelak .

Mereka telah terbang selama 4 hari di angkasa dan telah sampai ke Gomez . Setibanya mereka disana . Mereka hairan .

Wadzy : Tempat apakah ini ??
Watin : Tak tahu lah .
Wika : G-mart ?? Tak pernah dengar pun nama mall tu .
Wadzy : Tu baru G-mart , Ni lagi satu Cili Padi .
Watin : Maybe mall tu jual sayur kot .
Wika : Iyup .. Maybe kot .

Mereka terus berjalan di Gomez menaiki Kak Ton . Tiba-tiba mereka nampak satu bunyi hon dan ternampak sesuatu yang panjang .

Ulaaarrr !! Mereka bertiga menjerit selepas nampak satu benda panjang dan keras macam besi .

Wadzy : Tempat ini begitu misteri .
Watin dan Wika : Betul , kita tak pernah kesini .

Tibalah hari jadi Wika , kami sambut hari jadinya ni atas padang rumput yang hijau seperti permaidani yang terdapat lubang dan bendera . Kami menyambut dengan memakan Roti Mama AJ dan air Dutch Lady sambil menikmati padang rumput yang segar .

Wika berasa gembira kerana dapat datang ke tempat Selena Gomez dan nampak beberapa benda ganjil yang belum dilihat sebelum ni . Mereka bertiga mengambil gambar dan terus pulang ke negara The 3w Words dengan gembira dan bangga .


*Sebenarnya tempat itu ialah Gemas dan ular yang dimaksudkan ialah keretapi . Tempat yang mereka duduk ialah padang golf yang ada di Gemas Golf Resort .*

                                                              Bersambung
                     

No comments:

Post a Comment