Thursday 24 October 2013

Malu

Malu ialah perkataan yang aku paling benci . Aku harap korang pun sama . Tahun ni je banyak perkara yang memalukan . Malu depan public , malu depan kawan-kawan dan malu dengan family . O Em G bak kata Fatin . Sebut pasal Fatin , dia orang yang pernah memalukan aku . Tapi tak apa , maybe ni pengajaran buat kita . Kejap lagi aku cerita kat korang pasal apa . Mesti korang tertunggu-tunggu . Sedang aku nak update blog ni , aku dengar lah lagu Justin Bieber Be Alright . Hahaha .

Ok , macam ni . Cerita ni bermula kat sekolah . Time tu Pendidikan Jasmani . Biasalah kalau budak laki , bola lah jawabnya . So aku pun join main bola dengan kawan-kawan aku . Kalau aku kat padang memang aku yang terbaik . Golkeeper boleh , Striker boleh , Defend pun boleh . Kecuali jadi pengadil . Ada ke patut muka handsome macam aku ni jadi Pengadil , kalau pihak Melodi tahu konfirm-konfirm keluar kat TV3 Setiap Ahad tu . And sudah jadi kebiasaan pergi padang semua jadi lasak , dalam kelasakkan aku tu , aku tak sedar seluar aku koyak . Sampailah waktu 40minit terakhir nak balik , Tiba-tiba aku terdengar suara yang aku kenal berkata putih , aku pun pelik apa yang putih . Rupanya kulit kaki aku . Nasib spender aku dia tak nampak kalau tak bertambah malu aku . Budak kelas aku semua gelak time tu . Perghh , rasa nak hentak je kepala kat dinding 10 kali sampai lupa ingatan . Peristiwa tu aku takkan lupa sampai bila-bila . Pengajaran buat semua kalau dah ada kat padang tu selalu lah check seluar anda . Takut terjadi macam aku .

Paling tak boleh blah bila korang dah berusaha bersungguh-sungguh time exam akhir tahun and excited bukan yang biasa-biasa bila diumumkan korang dapat A sampai apa yang cikgu cakap pun tak dengar . Macam bestie aku sorang ni lah . Cikgu just sebut markah bukan nak bagi paper , and bila nama dia disebut and markah dia dapat A dia terus berdiri . So , apakah perasaan anda time tu . Mesti nak rendam muka kat air panas kan . Agaknya kalau rendam muka kat air panas time malu mesti sejuk air tu . Part paling memalukan bila kawan kelas sendiri kata "Tak apa wei , Kitaorang dah kenal kau" Hahaha . Aku suka part tu . Dan sebabkan malu dia tak datang semalam . Hahaha . Kelakar r dia ni .

Part yang paling memalukan bila jatuh kat tandas . Pergh , kalau aku nampak orang time dia jatuh aku orang pertama akan gelak . Gelak tu kalau boleh satu Malaysia ni tahu . Tapi sedarkah anda perasaan orang yang jatuh tu . Pergh , kalau boleh mesti dia nak terjun bangunan KLCC tanpa payung terjun . Agaknya dah terlalu malu tu . Hahaha . Kesian pun ada time dengar kawan aku jatuh tandas , tapi kenapa hati aku ni geli sangat nak gelak . Hahaha . Maybe kelakar kot . Sabar je lah k .

Ni time kat kedai makan kat Amira Nabila yang kat Taman Desa Permai . Aku pergilah makan kat situ dengan kawan-kawan aku . Mula-mula aku order lah Nasi Pataya dengan Milo Ais . Time tu aku memang tak pandang pun muka orang yang ambik order tu . Aku sibok ngan Candy Crush aku . Then , otak aku fikir nak makan Nasi Goreng Cina , aku pun order balik lah . Korang tau tak aku terkaku seketika . Tak bergerak selepas aku tengok tukang order tu . Bukan sebab dia cantik cuma aku pelik . Dia ni perempuan ke lelaki . Aku pun tanya lah , ni nak panggil apa , Abang or Akak . Dia terdiam seketika . Malu lah kot . Dia terus masuk hantar order . Mungkin masa tu dia nak ambik pisau kelar leher dia . Malu punya pasal . Yang aku pelik rambut dia , pergh macam helmat dah . Tinggal tambah viser je ( Helmet punya cermin tu ) . Ni kalau JPJ or Polis nampak dia naik motor mesti terpikat . Hahahaha

#Note : Aku bukan nak memalukan orang , aku pun pernah gak rasa malu ni . So , cerita ini tiada mengena dengan yang hidup atau yang mati . Hope korang enjoy membaca :D

No comments:

Post a Comment