Monday 4 November 2013

Buat Cikgu Yin Yee

Hey pembaca blog . Korang pe kabar . *Jawab ler time aku tanya tu* Alolo , janganlah nangis . Saja je nak bergurau . Mesti korang rindu aku . *Ayat minta pelempang* Entry kali ni pasal Cikgu Yin Yee . *Aku tahu korang tak kenal* Dia Cikgu Sejarah aku . Dia ni kelakar sikit . Tapi kalau dia marah , Kak Ton pun jadi pucat :D . *Janganlah gelak guling-guling* Tu macam over pulak . Ok , Aku nak cerita serba sedikit pasal Cikgu Yin Yee and Kenangan Manis and Pahit time dia ajar kelas 4 Intan subjek Sejarah .

Cikgu Yin Yee ni comel , bijak , garang *Ehmm , sikit je kot . Hehe* , dan paling penting dia pernah ugut aku suruh lulus Exam Sj Mid Year hari tu . Nak tahu sebab apa , sebab handset aku kena rampas dengan dia . Dan Aku baru je ambik khamis lepas . Walaupun aku tak lulus , aku tahu yang SJ ni penting supaya kita tidak lupa asal usul kita . Cikgu Yin Yee ni pulak orang yang simple je . *Simple is Better* Wah , speaking pulak . Haha . Kami memang suka cara dia mengajar . But aku je yang selalu mengantuk bila dia ajar . Bukan apa , just bosan bila dengar pasal SJ ni . Sebab kita tak pernah alami kot . :D So , teruskanlah google bak kata Cikgu Yin Yee ni .

Kalau bab SJ ni kau boleh soal Cikgu Yin Yee A sampai Z . Kau jangan terkejut pulak bila dia dapat jawab semua soalan kau . And paling penting cikgu Yin Yee ni memang kerja dia dengan Mr.Google je . Kalau korang kenal dia mesti korang akan tahu ayat dia bila soalan yang kau bagi tu susah untuk dia jawab . Hah , nak tahu jugak ke . *Try Google* Ayat ni memang selalu je aku dengar kalau dalam kelas . Hehehe .

Lagi satu , aku suka bila setiap hujung ayat Cikgu Yin Yee ada *Ae* , contohnya macam ni

Radzy : Cikgu , exam masuk apa ??
Cikgu Yin Yee : Kau baca je bab 1,2,3,4,5 dan 6 ae .
Radzy : Ok cikgu .
Cikgu Yin Yee : Pastikan dapat A ae .

Hah , macam tu lah . Haha .

Lagi satu aku tak tahu cikgu ni orang mana . Dalam kelas kejap guna "HANG" , "DEN" , "EKAU" . Tapi yang paling penting dia memang lancar berbahasa melayu . Terbaik bak hang . Cewah , *Bahasa Alien mana kau guna tu Radzy* Kalau kau dengar kat sekolah dia cakap kejap hang , kejap den tu , Hah , komfirm tu Cikgu Yin Yee .

And aku tak tahu pulak dia nak pindah dah tahun ni . Menyesal pulak tak buat yang terbaik final exam ni . *Nasi dah jadi bubur Radzy oi* Tak apa , nanti kita masak lagi untuk SPM . So , disini saya Radzy Bin Razif dan saya wakil kan juga adik saya Renddy Bin Razif ingin memohon maaf diatas kesilapan yang telah saya dan adik saya buat dekat Cikgu Yin Yee sepanjang sesi pembelajaran saya disekolah bersama Cikgu . Satu lagi , saya janji yang saya akan buktikan kat Cikgu Yin Yee yang saya boleh lulus dan bukan sekadar lulus malah dapat A+ dalam SPM nanti . Gambateh Cikgu . Jangan lupa saya dan anak murid cikgu yang lain ye . Dan jangan lupa whatsapp . Kalau cikgu tukar number fon cikgu bagitau kat Facebook Chat . Mana tahu saya boleh tanya soalan SJ kat Cikgu nanti . Bye Cikgu Yin Yee . Caiyok Caiyok :'D

No comments:

Post a Comment